Sunday 25 March 2012

RANCANGAN MENGAJAR

RANCANGAN MENGAJAR
Nama Tadika: laskar Pelangi
Bilangan Murid: 20 / 20 orang
Umur: 5 Tahun
Minggu & Hari: 4, khamis
Tarikh: 30 minit
Cadangan Masa: 30 minit
Tema & Tajuk: Kemerdekaan Negara
Tunjang Utama: Bahasa Melayu
Tunjang Disepadukan: Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika-kreativiti.
Standard Pembelajaran Utama: (BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.
Standard Pembelajaran yang disepadukan: (KM 8.4.2) Menamakan bapa kemerdekaan
 (KTI 2.1.10) Menyanyi dengan sebutan yang jelas.
Objektif: Pada akhir pengajaran, murid boleh;
        i.            Murid dapat mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita dan lagu.
      ii.             Murid dapat menamakan bapa kemerdekaan.
    iii.            Murid dapat menyanyi dengan sebutan yang jelas.
Pengetahuan sedia ada: Sudah mengenali bendera Malaysia.
Penerapan Nilai: kerjasama.
Alat Bantu Mengajar: lirik lagu 31 Ogos, gambar bapa kemerdekaan.
KBKK: menjana idea

Langkah / masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Cacatan / ABM
Set Induksi
(5 minit)
-guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada murid-murid.
- guru masuk ke kelas sambil melaungkan merdeka!  sebanyak 7 kali dengan memakai baju yang melambangkan kemerdekaan.

-murid menjawab salam guru.


-murid tertanya- Tanya apa yang sedang dilakukan oleh guru dan baju apakah yang dipakai oleh guru.



ABM:
Baju kemerdekaan

Objektif: -

Nilai:
 berdisiplin

KBKK:
Menjana idea

Langkah 1
(12 minit)
-guru memberi arahan kepada murid supaya duduk ditempat masing-masing dan senyap.
-guru menampal gambar bapa kemerdekaan dan menerangkan serba sedikit tentang riwayat hidup bapa kemerdekaan.
-kemudian, guru bersoal jawab dengan murid mengenai riwayat hidup bapa kemerdekaan dan memasang video tentang laungan kemerdekaan negara.

-murid duduk ditempat masing-masing dan senyap.


-murid melihat guru menampal gambar bapa kemerdekaan dihadapan dan mendengar dengan sepenuh perhatian penerangan guru.
- murid-murid memberikan pelbagai jawapan yang ditanya oleh guru dan melihat video.
ABM:
Kad gambar, kad perkataan, papan putih, maker pen

Objektif: (i),(ii)

Nilai:
Kerjasama

KBKK:
Menjana idea
Langkah 2
(10 minit)
-guru memberi arahan supaya murid-murid berdiri di tempat masing-masing dan senyap.
-guru menampal lirik lagu 31 Ogos dan memberi bendera jalur gemilang kepada semua murid.

-kemudian, guru menyanyikan lagu 31 Ogos bersama-sama dengan murid sambil mengibarkan jalur gemilang.
-murid berdiri ditempat masing-masing dengan senyap.

-murid melihat guru menampal lirik lagu jalur gemilang dan mengambil bendera jalur gemilang yang diberikan oleh guru.
-murid menyanyikan lagu 31 Ogos bersama-sama dengan guru sambil mengibarkan jalur gemilang.
ABM:
Lirik lagu, bendera Malaysia

Objektif: (ii), (iii)

Nilai:
Hormat-menghormati

KBKK:
Menjana idea






Penutup
(3 minit)
-guru mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sebentar tadi oleh murid-murid.
-guru memberikan lembaran kerja dan menerangkan cara-cara untuk melakukan kerja tersebut sebelum pulang.
-murid menceritakan kembali apa yang dipelajari sebentar tadi.

-murid mendengar sepenuh perhatian terhadap penerangan yang telah diberikan oleh guru sebelum pulang.
ABM:
Lembaran kerja

Objektif: (i), (ii)

Nilai:
Sabar

KBKK:
Menjana idea.




































































Impak: seramai 20/20 orang murid mencapai obektif. Hal ini kerana penggunaan alat bahan bantu mengajar dan aktiviti yang menarik dapat membantu murid untuk belajar dan mengingati apakah yang mereka belajar didalam kelas.

Thursday 22 March 2012

MERDEKA !

MERDEKA
Pada 13 Januari 1956, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, di antaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola Sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali Israel. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan Malaysia.
Di peringkat antarabangsa, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan Komanwel di London.
Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.
Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang serius, beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.
Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertanggungjawab mengilhamkan penubuhan Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah "barah yang harus dibuang" demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara.
Bagi Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ini perlu dilakukan demi keamanan negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal mendesak Almarhum untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat demikian sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke-22 pada 23-24 Januari 1971, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.
Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Almarhum YTM Tunku Abdul RAhman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau setinggi mana pencapaian beliau, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.
Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan.

RIWAYAT HIDUP TUNKU ABDUL RAHMAN

ASAL USUL TUNKU ABDUL RAHMAN

Ibu Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Cik Menjalara, merupakan anak Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.
Pada tahun 1919, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.
Selepas itu, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple, England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan "Persatuan Anak-anak Melayu Great Britain" pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai "Majlis" iaitu sebuah persatuan pelajar India - Muslim yang melaung-laungkan sentiment anti-penjajah British.
Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, apabila Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanahair dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah.
Sekembalinya ke tanahair pada tahun 1931, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memasuki Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap, Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim.
Pada tahun 1938, sekali lagi Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanahair dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada "Syarikat Bekerjasama Am Saiburi". Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah "Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala". Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai Kesatuan Melayu Kedah.
Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England sekali lagi untuk menyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam.
Sekembalinya ke tanahair Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran Negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Almarhum YTMTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanahair dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembagkan dasar demokrasi.
Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telahpun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah. Walau bagaimanapun, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria. Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.

Sunday 18 March 2012

gambar gambar kemerdekaan.


ketika TUNKU ABDUL RAHMAN melaungkan kemerdekaan.



Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada Feb 8, 1956. Di sebelahnya adalah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan

Kredit : Ohduniaku Hari Kemerdekaan 2011 – 1957 | Ohduniaku http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957#ixzz1pXD0FeST



Rombongan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk pengumuman kemerdekaan setelah pulang dari London. Negeri Melaka dipilih sebagai tempat perisytiharan tarikh kemerdekaan adalah kerana Melaka merupakan pelabuhan menguasai perdagangan timur dan barat sehingga menjadikan negeri yang mula-mula jatuh ke tangan penjajah.

Kredit : Ohduniaku Hari Kemerdekaan 2011 – 1957 | Ohduniaku http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957#ixzz1pXDTBVI6



Di saat laungan “MERDEKA” Oleh Tunku Abdul Rahman, keadaan dalam Stadium Merdeka semasa pengisytiharan. Tunku laung 7 kali kat Dataran Merdeka dengan tapak tangan Tunku terbuka lurus ke langit menandakan negara sudah terlepas dari cengkaman penjajah.

Kredit : Ohduniaku Hari Kemerdekaan 2011 – 1957 | Ohduniaku http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957#ixzz1pXDoJjaN



Manakala ini pula gambar suratkhabar lama pasal pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu. Suratkhabar Berita harian dan Malay Mail.

Kredit : Ohduniaku Hari Kemerdekaan 2011 – 1957 | Ohduniaku http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957#ixzz1pXEEOmNj



Watikah pemasyhuran kemerdekaan tanah melayu yang asal





Bendera Union Jack Diturunkan diambang Kemerdekaan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
P/S : Hari Kemerdekaan 2011 semakin hampir, ada pakar sejarah yang ingin berkongsi maklumat tambahan seperti berlangsung pengisytiharaan Kemerdekaan tahun 1957?


Kredit : Ohduniaku Hari Kemerdekaan 2011 – 1957 | Ohduniaku http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957#ixzz1pXF6LsgB


lirik lagu 31 ogos


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka